JUSTIFIKASI PENUBUHAN PUSAT PENDIDIKAN SAHABAT INSANI
Penubuhan persatuan dan aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah berdasarkan rasional berikut :
i. Golongan bermasalah pendengaran amat lemah dalam penguasaan asas agama ; pengetahuan akidah dan ibadah yang amat lemah ( tidak mengetahui kalimah syahadah, tidak mengetahui Allah dan keesaanNya, tidak mengetahui asas kewajipan dan sah solat serta puasa, persoalan bersuci termasuk wuduk, mandi wajib dan najis serta batasan aurat)
ii. Golongan bermasalah penglihatan amat lemah dalam penguasaan bacaan al-Quran
iii. Kekurangan kelas pengajian awam dan pendakwah-pendakwah yang mampu mengajar dan tempat untuk mereka mendalami agama. Golongan ini hanya berpeluang mempelajari agama melalui pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah dan menengah yang telah dimaklumi batas waktu yang terhad dengan pelbagai kekangan. Selepas tamat persekolahan, peluang untuk mendalami agama hampir tertutup disebabkan tiada tempat belajar. Ketiadaan kelas pengajian awam dan pendakwah-pendakwah yang mampu mengajar mereka disebabkan tidak mempunyai kemahiran untuk berkomunikasi terhadap golongan masalah pendengaran (mengetahui bahasa isyarat) dan kekurangan prasarana yang membantu untuk golongan masalah penglihatan.
iv. Peranan ibu bapa yang tidak optimum dalam pendidikan agama
v. Persekitaran dan kemudahan yang tidak menyokong untuk tujuan tersebut.
vi. Tiada pusat pengajian lanjutan selepas alam persekolahan bagi golongan bermasalah pendengaran dan penglihatan untuk mendalami agama
vii. Tumpuan pihak-pihak yang terlibat dengan OKU hanya memberi penekanan aspek kemahiran hidup sahaja
viii. Persatuan ini berusaha untuk mengurangkan golongan buta asas agama dalam kalangan OKU
ix. Amat kurang organisasi-organisasi Islam dan NGO-NGO Islam memberi tumpuan terhadap pendidikan Islam dan dakwah terhadap golongan minoriti yang terdiri daripada golongan OKU
x. Mengimbangi gerakan yang dinaungi oleh agama lain amat mengambil berat terhadap golongan minoriti yang terdiri daripada golongan OKU dan fakir miskin
xi. Berusaha menjalankan gerak kerja dakwah terhadap golongan yang kurang mendapat perhatian dalam bab keagamaan
xii. Meluaskan aktiviti amal kebajikan terhadap semua golongan
0 ulasan:
Catat Ulasan