Social Icons

Laman Utama

Sabtu, 5 Mei 2012

Pengenalan Persatuan

PENGENALAN
Persatuan ini berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (No. Pendaftaran 5526-11-NSE) ditubuhkan dengan matlamat asas untuk menyuburkan pendidikan Islam, kebajikan dan dakwah dalam kalangan golongan kelainan upaya (masalah pendengaran, masalah penglihatan dan masalah pembelajaran) sebagai fokus utama. Manakala golongan saudara baru, warga emas, anak-anak yatim, fakir miskin dan masyarakat setempat khasnya dan Malaysia amnya tetapi khusus untuk yang beragama Islam sahaja juga termasuk dalam sasaran tumpuan persatuan.

Sahabat Insani adalah istilah yang dibawa oleh persatuan terhadap golongan-golongan di atas sebagai lambang kasih sayang dan keperihatinan yang tinggi perlu diberikan khususnya dalam bidang pendidikan Islam. Istilah yang telah biasa digunakan kepada golongan ini seperti orang kurang upaya (OKU), orang kelainan upaya (OKU), warga istimewa. Sistem pendidikan kebangsaan mengkategorikan golongan ini sebagai golongan berkeperluan khas dengan membahagikan kepada tiga golongan iaitu bermasalah pendengaran, bermasalah penglihatan dan bermasalah pembelajaran.Istilah-istilah ini menjurus kepada penonjolan kelainan mereka daripada golongan kebanyakan secara tidak langsung mewujudkankan jurang perbezaan.

LOGO PERSATUAN



KUASA PENUBUHAN
Penubuhan persatuan ini adalah tertakluk kepada Akta Pertubuhan 1966, Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984. Perjalanan dan pengurusan organisasi serta aktiviti juga adalah tertakluk kepada Undang-undang Tubuh Persatuan yang telah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

VISI PERSATUAN
“Memperkasa Pendidikan Islam dan Memperluaskan Kebajikan Terhadap Warga Sahabat Insani”

OBJEKTIF PERSATUAN
i. Menjaga kebajikan orang kurang upaya, saudara baru, warga emas, anak-anak yatim, fakir miskin dan masyarakat setempat khasnya dan Malaysia amnya tetapi khusus untuk yang beragama Islam sahaja.

ii. Menjalankan aktiviti amal dan kebajikan terhadap semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan keturunan tetapi khusus untuk yang beragama Islam sahaja

iii. Menyuburkan pendidikan agama, kebajikan dan dakwah dalam kalangan orang kurang upaya, saudara baru, warga emas, anak-anak yatim, fakir miskin dan masyarakat setempat khasnya dan Malaysia amnya tetapi khusus untuk yang beragama Islam sahaja

iv. Menerapkan Islam sebagai aqidah dan syariah, menjadikannya sebagai panduan kehidupan serta memperkenalkan nilai-nilai keislaman dalam usaha menegakkan kehidupan berkualiti di segenap bidang termasuk kebajikan, pelajaran, pendidikan, ekonomi dan sosial

v. Mengumpulkan dana bagi membantu kebajikan golongan tersebut di atas

0 ulasan: