Social Icons

Laman Utama

Ahad, 6 Mei 2012

Program Yang Akan Dilaksanakan

PENGAJIAN YANG AKAN DILAKSANAKAN

Pada peringkat pengajian rendah dan menengah, sebilangan besar daripada kalangan mereka amat lemah dalam penguasaan agama, al-Quran dan akademik. Pusat ini mensasarkan program pengajian merangkumi peringkat pra-sekolah, peringkat rendah, peringkat menengah dan lepasan menengah mengikut kategori keperluan khas berikut:

i. Golongan bermasalah pendengaran:
a. Pusat asuhan tunas Islam (prasekolah) masalah pendengaran (harian)
b. Terapi pendengaran dan terapi pertuturan
c. Kelas fardu ‘ain peringkat sekolah rendah (mingguan)
d. Kelas fardu ‘ain peringkat sekolah menengah (mingguan)
e. Kursus Asas Pengajian Islam peringkat lepasan tingkatan 5/SPM (Jangka masa 1 tahun)  (sepenuh masa)
f. Program-program kemahiran peringkat lepasan menengah: Jahitan, masakan, roti dan kek, dandanan, reka bentuk grafik (program sampingan kepada Kursus Asas Pengajian Islam (sepenuh masa)

ii. Golongan bermasalah penglihatan:
a. Pusat asuhan tunas Islam (prasekolah) masalah penglihatan (harian)
b. Kelas al-Quran Braille peringkat sekolah rendah rendah (mingguan)
c. Kelas al-Quran Braille peringkat sekolah menengah (mingguan)
d. Peringkat lepasan menengah (lepasan SPM dan STPM) (sepenuh masa)
- Sijil Pengajian Tahfiz (3tahun) (berkembar dengan program sijil, diploma dan ijazah)
- Sijil Pengajian al-Quran, Sijil Pengajian Syariah, Sijil Pengajian Usuluddin (3 modul /1 tahun) (Program kerjasama UMCCED)
- Diploma Pengajian Syariah, Diploma Pengajian Usuluddin (3 tahun) – setelah lulus peringkat Sijil (Program kerjasama UMCCED)
- Program-program kemahiran (sampingan kepada kursus di atas): Refleksologi, komputer (berkembar dengan sijil dan diploma)

iii. Golongan bermasalah pembelajaran:

a. Pusat asuhan tunas Islam (prasekolah) masalah pembelajaran (harian)
b. Kelas fardu ‘ain peringkat rendah (harian)
c. Kelas fardu ‘ain peringkat menengah (harian)
d. Kelas al-Quran peringkat rendah (harian)
e. Kelas al-Quran peringkat menengah (harian)
f. Kursus Asas Pengajian Islam peringkat lepasan tingkatan 5/SPM (Jangka masa 1 tahun) (sepenuh masa)
g. Program-program kemahiran peringkat lepasan menengah: Jahitan, masakan, roti dan kek, dandanan, reka bentuk grafik (program sampingan kepada Kursus Asas Pengajian Islam (sepenuh masa)

iv. Golongan awam:
a. Program Sijil Pengajian Awam iaitu Sijil Pengajian al-Quran, Sijil Pengajian Syariah, Sijil Pengajian Usuluddin (3 modul/1tahun) (kerjasama UMCCED)
b. Diploma Pengajian Syariah, Diploma Pengajian Usuluddin (3 tahun) – setelah lulus peringkat Sijil (Program kerjasama UMCCED)
c. Kelas tafaqquh pengajian agama (mingguan)
d. Kelas fiqh wanita (mingguan)
e. Kelas al-Quran (mingguan)
f. Program-program bersiri

0 ulasan: